Ahlan Ya Ramadhan


YA TUHANKU, ENGKAU MAHA PENGAMPUN, MAHA PEMURAH,
SUKA MENGAMPUNKAN, MAKA AMPUNKAN KAMI YA ALLAH

Sunday, August 22, 2010

Lailatul Qadr

Bismillahhirmanirrohim
Barangsiapa yang sentiasa membaca bismillah, sebelum melakukan apa-apa pekerjaan maka akan diampunkan dosanya..
Mudahnya...???
Apa pulak yang susahnya.... Allah nak turunkan hujan yang selebatnya-lebatnya
pun tak susah... Takde sape pun yang pergi naik ke atas untuk curahkan air
tetapi amat mudah bagi Allah nak menurunkan rezeki yang sebanyak-banyaknya.
Semua manusia pun Allah bagi rezeki tak kiralah dia kafir ataupun tidak, bagi orang mukmin ni, pelbagai cara Allah bagi untuk nak menghapuskan dosa, nak bagi pahala
nak bagi itu, nak bagi ini... Tapi malangnya hanya sedikit yang bersyukur...
Masih ramai yang menggunakan nikmat yang ada pada jalan
mengkufuri nikmat Allah.... kenapa ek.. Nak kata tak dapat nikmat, mustahil..
Oksigen pun nikmat, hidup pun nikmat, tapi buat dosa jugak... Pelik tapi benar

Rasullullah walaupun dah terjamin nak masuk syurga,
tapi sentiasa ingat pada
UMATNYA,
Umatnya walaupun belum jamin dapat masuk syurga,
tapi selalu lupa pada
RASULNYA
Bila mana baginda mengetahui kisah Syam'un yang berjihad selama seribu
bulan, baginda berdoa kepada Allah supaya umatnya boleh mendapat pahala
yang setanding dangan pahala pemuda tersebut..
Baginda tahu umatnya,
umurnya pendek,
ibadahnya kurang
maka Allah kurniakan malam lailatul Qadr kepada umat nabi Muhammad.
Namun ramai yang rasa jualan murah sebelum hari raya
lebih besar untungnya dari mendapat kebaikan malam lailatul qadr.
Ramai yang rasa, seribu kuih yang dibakar lebih baik daripada seribu
bulan yang Allah janjikan
Seribu macam siaran televisyen lebih berguna daripada limpahan
malam yang dilimpahkan Allah dengan Rahmatnya kepada sesiapa yang
mahu...

Barangkali kita lupa nabi bersusah payah berdakwah untuk memastikan kita menerima hidayah pada hari ini,
Barangkali ada yang terlupa nabi sentiasa mendoakan umatnya,
sedangkan umatnya tidak mengenali baginda
Barangkali ada yang terlupa bahawa nabi sangat menyayangi umatnya
dalam keadaan baginda hampir nazak..

Malam lailatul Qadr itu merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
Diturunkan malaikat dan ruh-ruh dengan izin tuhan
dan mereka semua berselawat

Mudah-mudahn Allah bagi kita kekuatan untuk menghidupkan Malam-malam terakhir Ramadhan dengan melakukan amalan-amalan sunat dan memohon keampuanan daripada Tuhan Yang Maha Pengampun....

Kuliah Subuh 23 Ogos 2010

Riwayat - Melaporkan samada dia dgr dr Rasullullah SAW atau dengar dari orang lain
Ke atas orang yang bermusafir itu 5 perkara:
Musafir di dunia ini, untuk ke dunia yang kekal abadi
1- Hanya berharap kepada Allah,
2-Jangan takut dan bimbang selain kepada dosa kita
3-Jangan merasa malu, untuk menuntut ilmu
4-Jangan malu berkata "Allahu A'lam" dalam perkara yang kita tidak tahu
5-Sabar dalam beriman

Bila mana kita hanya takutkan untuk melakukan dosa maka Allah SWT akan melindungi orang yang beriman itu
...والله ولي المؤمنين...
ٍSeperti perangai buruk orang yang mendokong firaun, mereka menolak perintah Allah maka
فأخذهم االه بذنوبهم
ِAllah tidak akan mengapa-apakan kita melainkan kerana dosa kita sendiri
Malu itu merupakan sebahagian daripada iman sekiranya terdorong daripada malu dalam melakukan maksiat kepada Allah
Namun jika malu yang terdorong daripada sifat takabur dan meninggi diri maka ia akan menghalang seseorang untuk menuntut ilmu.
Tiada manusia yang mengetahui segala-galanya, para sahabat yang menjadi generasi yang unggul itu telah dididik oleh Rasullullah SAW sehingga ILMUL LISAN (LIDAH) yang hanya meniti di bibir-bibir, turun menjadi ILMUL QALBI(HATI). Maka ilmu yang sudah turun ke hati itulah yang menjaga orang berilmu tersebut, tetapi sekiranya ilmu itu hanya kekal di bibir dan telinga tanpa berbuah mendekatkan diri seseorang itu dengan Allah, Maka ilmu bukan sahaja menjadi saksi bahawa orang itu bukan sahaja telah mengetahui akan kebenaran, bahkan semakin jauh dirinya dari Allah, lantaran kesombongannya untuk menuruti ilmu yang dikurniakan oleh Allah itu.
Didalam bulan Ramadhan AlMubarak ini, Allah taala telah menyediakan satu program kepada kita yang boleh kita namakan sebagai Summer CAMP. Ramadhan itu diambil daripada perkataan Ramdha' yang bermaksud sangat panas, Kesabaran kita dalam menghadapi bulan Ramadhan ini adalah sangat kecil berbanding ganjaran, penghapusan dosa yang Allah SWT limpahkan kepada hamba-hambanya.
Tanpa sifat sabar akan rosaklah iman seseorang dalam urusan mentaati dan menerima taqdir Allah SWT.
Ketiadaan sabar juga merupakan punca tidak berlakunya peningkatan dan terlucutnya keimanan daripada seseorang itu.

Barangsiapa yang sedang bermusafir didunia ini, perlulah sentiasa menghayati 5 perkara di atas supaya mudah-mudahan kita selamat di dunia dan di akhirat